Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

PERANCANGAN BULANAN

APRIL

1-3 April 2010
Yala
lawatan, ziarah dan program

9 .4.2010

rumah CAP (3.00-10.30 malam)

muktamar api

10.4.2010

9pg-11mlm

expo sayangi remaja

dewan besar teluk bahang






























































USRAH

Wednesday, February 24, 2010

hikmah yang bagaimana?

firasat hati berkata bahawa aku perlu berbuat sesuatu. bukan hanya diam dan melihat.

malam tadi aku bertanya khabar kepada kawan baikku.
sambil bertanya khabar, aku juga bertanya tentang kerja. dia bekerja sebagai ketua di ***

FH:gaji ko berapa wawa? (bukan nama sebenar)

wawa: basic 1200, tak masuk OT dan double pay..tak banyak mana macam korang..kenapa kamu tanya? kamu plak berapa?

FH:eh, lebih kurang jer...tapi aku tak de OT n doubleh pay

wawa:hmmm..aku keje swasta, kerja tak sama macam kerajaan. boleh lepak kedai kopi 2,3x. jadila ada gaji dari takda. nanti cari kerja lain.aku cari2 gak.nanti franchise masuk (tmpt kerja dia akan difranchisekan), aku nak tgk, kalau ok, aku stay.

FH:ok la macam tu..em, cari la keje lain..lgpun keje kat c2 kan tak elok sangat.

wawa:apesal plak tak elok? coz beer kan?kita orang tak jual pada melayu. n nant franchise masuk, beer tak jual..aku rasa tak de isu..macam mane dengan kedai2 besar yang lain ***? lagi banyak jual Beer. yang penting niat aku keje..Allah tau niat aku.

FH: yup, pasal arak..memang la tak jual pada melayu tp kan Allah dah kate perbuatan membuat, menghantar, menjual, dsb..kan sama dengan yang minum arak.hukumnya tetap haram. matlamat tak menghalalkan cara wawa, maknanya kalau orang mencuri tapi niat dia nak bagi pada anak isteri kerana tak de duit boleh la yer?betul x?

wawa:no komen..aku tak nak komen ape2

FH:aku hanya beri nacht n pandangn je..Allah yang akan buka pintu hati kita semua. n ingatan untk diri aku gak.

wawa:tapi biar Allah nilai aku. Dia berhak..aku tau ape ko ckp..aku tau orang pandang hina. aku tak kisah..ko tak nak kawan dgn aku pun kau tak kisah..semua terpulang..sehina2 manusia takkan xda 1 pun baik.

FH: yup, memg la Allah yg akan nilai ko, aku tak ckp pun tak nak kwn ko. sebab aku kwn baik ko la aku ckp pasal hal ni.stp orang ada kelemahan tp kita sling mengingat la.

wawa: aku tak kisah ko nak kate ape, sblm aku masuk ***, aku dah nekad terima..aku dah tau mcm2 pandangan alim ulama..aku tak jual pada melayu..dosa pahala biar Dia tentukan..ko kalu malu berkawan dengan aku cakap.aku tak kisah. sebab aku dah lama anggap korang semua tak setaraf dengan aku.k la, aku ade kerja, salam

FH:aku tak kate pun tak nak kawan ko. just nak bgtau yg haram tu jelas n yang halal tu pun jelas...ko pun tahu nilaikan.

itulah perbualan FH dgn kwn..maaf jika tulisan bahasa slanga. ikut ayat SMS supaya mudah untuk kefahaman.

FH sedih la kerana kawan FH tak faham tentang cara hidup islam yang syumul. bagaimana kita mahu membantu dia dan seterusnya menjadi kawan yang membawa dia ke arah yang lebih baik. insyaAllah. semoga Allah membuka pintu hatinya seterusnya mendapat Hidayah untuk berubah. Amin

Dari Anans bin Malik, rasulullah SAW bersabda:

10 orang yang dikutuk Allah mengenai arak:
  1. pembuatnya
  2. pengedarnya
  3. peminumnya
  4. pembawanya
  5. pengirimnya
  6. penuangnya
  7. penjualnya
  8. pemakan wang hasilnya
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya (hadis riwayat at-tirmizi)

kan terang lagi bersuluh. FH rasa ramai yang masih lagi tidak faham dengan ISLAM atau buat-buat tidak faham atau masih lagi tidak mampu mengamalkannya.

arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan (kitab sunan ibnu Majah jilid 3) . jadi hidarilah arak

p/s: jika dia membaca, ketahuilah bahawa bukan niat untuk menghina atau mengutuk. cuma, sekadar berkongsi dan semoga ada pandangan yang lebih baik.






1 comment:

  1. humm.. Doa kak... Doa dan doa agar di bukakan pintu hati dia. Sebut nama dia dalam doa kita..InsyaALLAH.

    Selain dri itu, selalu2 mesej dia agar kita memg serius hal itu dan kita tak tinggalkan dia. ( masih kawan dgn dia )

    InsyaALLAH kak, ALLAH pemilik hati2.. Melalui ALLAH sahajalah, Hati sekeras mana pun cair macam ais.. DIA lebih tahu hal hamba2NYA..

    Semoga ALLAH menyayangi dan membuka pintu hati sahabat k.azwa tu. Semoga kita semua masuk syurga..AMin2.. :)

    ReplyDelete

katakanlah yang hak, walaupun ia pahit=)