Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

PERANCANGAN BULANAN

APRIL

1-3 April 2010
Yala
lawatan, ziarah dan program

9 .4.2010

rumah CAP (3.00-10.30 malam)

muktamar api

10.4.2010

9pg-11mlm

expo sayangi remaja

dewan besar teluk bahang






























































USRAH

Sunday, March 14, 2010

Usrah Sri kandi

klik gambar untuk lebih besar





USRAH SRI KANDI

OBJEKTIF
1. memupuk kesedaran kepada wanita terutamanya remaja tentang hak-hak mereka
2. membentuk wanita yang mempunyai sahsiah, akhlak dan peribadi yang mengikut Al-Quran As-Sunnah
3. mengurangkang gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja wanita seperti kes sumbang mahram, buang bayi, lepak dan rogol.

FOKUS
1. merungkai permasalahan wanita melalui penyelidikan primer dan sekunder
 mendapatkan responden berkenaan dengan satu-satu masalah yang melanda wanita pada hari ini (primer) melalui wadah turun lapangan
 penyelidikan yang telah dijalankan oleh beberapa institusi dan orang perseorangan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan
2. wanita dalam konflik keluarga
 bagaimana seorang remaja wanita mempunyai konflik dalaman yang berpunca daripada permasalahan keluarga
 penyelidikan boleh dilakukan melalui dapatan responden dan mendapatkan data sekunder.

PEMETAAN ISU

1. isu yang diketengahkan
 isu berkaitan dengan remaja wanita dan beberapa isu besar yang melanda negara berkenaan dengan wanita seperti eksploitasi wanita

2. sumber
 media cetak
• buku
• artikel
• majalah
 media elektronik
• blog
• web
• televisyen
• radio
 lapangan
• LANDAS
• UNGGAS
• API
• PPM
• DEEP PEACE

3. model
 INSTITUSI
• RAUDHAH
• DEEP PEACE
 PERSEORANGAN


PEMBINAAN ORGANISASI
1. ketua
 waahidah
• menyelaraskan program yang dirangka sepanjang tahun
• pemikir dalam usrah sri kandi
• memantau usrah sri kandi
2. timbalan
 ???
• Membantu ketua menjalankan program/ aktiviti
• Memantau anak-anak
3. setiausaha
???


AKTIVITI
1. usrah
2. turun lapangan
3. road show
4. kaunseling

MODEL
????


merupakan salah satu cabang terbaru dalam Angkatan pemuda Pemudi Islam (API)

baru sahaja ditubuhkan...sesiap yang berminat nak join atau ingin ketahui lebih lanjut, boleh email saya di
paspertama_86@yahoo.com.my

Wednesday, March 3, 2010

Keutamaan (by kak Fatin )

Usrah Muslimat

Tarikh: 25/2/2010

Tempat: Surau Tekun

Masa 10.00 malam


Kehadiran

  1. lillah
  2. kak wani
  3. kak fatin
  4. waahidah

bagaimana sesuatu keutamaan perlu dibuat mengikut keutamaan atau kepentingan perkara tersebut


sebagai contoh: masalah umat islam yang melanda dunia pada masa ini lebh penting dari kita mengerjakan haji. Di sini saya terangkan bagaimana haji ditangguhkan bukan tidak dilaksanakan jika berkemampuan. Bagaimana saudara seagama kita yang berperang, memerlukan kewangan dan tenaga kita untuk sama-sama mempersiapkan diri dengan serangan musuh yang semakin hebat.


Kalam Allah (al-Quran) menerangkan ayat sebanyak 28 kali berkenaan dengan solat dan zakat. Ayat ini berikut-ikutan dan menjelaskan bahawa solat itu adalah satu kewajipan untuk diri kita dan Allah memerintahkan kepada semua makhluknya untuk melaksanakan solat. Begitu juga dengan Zakat, Allah mewajibkannya dalam bentuk zakat fitrah untuk kita sama-sama menghulur bantuan buat masyarakat dan bagi diri kita sendiri. Inilah hubungan yang indah Allah telah aturkan. Zakat untuk kita dan masyarakat manakala solat hanya antara kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya.


Beberapa ayat Al-Quran yang menekankan perintah solat dan zakat:


Al-Baqara [2:43] Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku' .

Al-Baqara [2:83] Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.


Al-Baqara [2:110] Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.


Al-Baqara [2:177] Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.


Al-Baqara [2:277] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


An-Nisa [4:77] Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun .


An-Nisa [4:162] Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan orang-orang mu'min, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Qur'an), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. Orang-orang itulah yang akan Kami berikan kepada mereka pahala yang besar

.

Al-Maeda [5:12] Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah Kami angkat di antara mereka dua belas orang pemimpin dan Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku beserta kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik sesungguhnya Aku akan menghapus dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus".


Al-Maeda [5:55] Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).


At-Taubah [9:5] Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu , maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


At-Taubah [9:11] Jika mereka bertaubat, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.


At-Taubah [9:18] Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.


At-Taubah [9:71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Pilihlah antara yang terbaik diantara yang terbaik. pilihan itu adalah dari perkataan 'khair' iaitu baik. jadi mana mungkin kita memilih yang buruk sedangkan Allah memberi pilihan yang baik dalam hidup kita. dalam ekonomi juga diajar untuk memilih yang terbaik. Pilihan itu didefinisikan di dalam ekonomi sebagai melepaskan pilihan ke-2 terbaik untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.. oleh itu, jelas kita disuruh untuk mencari kebaikan dan pilihlah yang paling terbaik. Dan bagaimana kita juga di suruh untuk memilih yang terbaik didalam ujian yang kita rasakan tidak baik, tapi disebaliknya ada hikmah yang tersimpan dan akan muncul bila kita memahaminya. Sebagai contoh, menjaga maslahat untuk kepentingan jemaah mungkin memerlukan pengorbanan. Walaupun pengorbanan itu pahit, tapi di pandangan Allah ia tetap manis, kerana kita melaksanakan yang makruf dan mencegah yang mungkar. waalahualam


Fikirkan!!

PENTINGKANLAH PERKARA YANG LEBIH PENTING KERANA MEMENTINGKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA PERKARA YANG TIDAK PENTING


Tamat sesi usrah kami supper, seterunya membaca surah Al-Mulk dan tidur. Qiam semula pada pukul 5.00 pagi dan bertahajjud sehingga solat subuh seterusnya membaca Al-Ma’thurah. Akhirnya kami sarapan pagi bersama.


Jom sahabat-sahabat semu. sapa yang berminat nak join..bgtau yer...

Wednesday, February 24, 2010

hikmah yang bagaimana?

firasat hati berkata bahawa aku perlu berbuat sesuatu. bukan hanya diam dan melihat.

malam tadi aku bertanya khabar kepada kawan baikku.
sambil bertanya khabar, aku juga bertanya tentang kerja. dia bekerja sebagai ketua di ***

FH:gaji ko berapa wawa? (bukan nama sebenar)

wawa: basic 1200, tak masuk OT dan double pay..tak banyak mana macam korang..kenapa kamu tanya? kamu plak berapa?

FH:eh, lebih kurang jer...tapi aku tak de OT n doubleh pay

wawa:hmmm..aku keje swasta, kerja tak sama macam kerajaan. boleh lepak kedai kopi 2,3x. jadila ada gaji dari takda. nanti cari kerja lain.aku cari2 gak.nanti franchise masuk (tmpt kerja dia akan difranchisekan), aku nak tgk, kalau ok, aku stay.

FH:ok la macam tu..em, cari la keje lain..lgpun keje kat c2 kan tak elok sangat.

wawa:apesal plak tak elok? coz beer kan?kita orang tak jual pada melayu. n nant franchise masuk, beer tak jual..aku rasa tak de isu..macam mane dengan kedai2 besar yang lain ***? lagi banyak jual Beer. yang penting niat aku keje..Allah tau niat aku.

FH: yup, pasal arak..memang la tak jual pada melayu tp kan Allah dah kate perbuatan membuat, menghantar, menjual, dsb..kan sama dengan yang minum arak.hukumnya tetap haram. matlamat tak menghalalkan cara wawa, maknanya kalau orang mencuri tapi niat dia nak bagi pada anak isteri kerana tak de duit boleh la yer?betul x?

wawa:no komen..aku tak nak komen ape2

FH:aku hanya beri nacht n pandangn je..Allah yang akan buka pintu hati kita semua. n ingatan untk diri aku gak.

wawa:tapi biar Allah nilai aku. Dia berhak..aku tau ape ko ckp..aku tau orang pandang hina. aku tak kisah..ko tak nak kawan dgn aku pun kau tak kisah..semua terpulang..sehina2 manusia takkan xda 1 pun baik.

FH: yup, memg la Allah yg akan nilai ko, aku tak ckp pun tak nak kwn ko. sebab aku kwn baik ko la aku ckp pasal hal ni.stp orang ada kelemahan tp kita sling mengingat la.

wawa: aku tak kisah ko nak kate ape, sblm aku masuk ***, aku dah nekad terima..aku dah tau mcm2 pandangan alim ulama..aku tak jual pada melayu..dosa pahala biar Dia tentukan..ko kalu malu berkawan dengan aku cakap.aku tak kisah. sebab aku dah lama anggap korang semua tak setaraf dengan aku.k la, aku ade kerja, salam

FH:aku tak kate pun tak nak kawan ko. just nak bgtau yg haram tu jelas n yang halal tu pun jelas...ko pun tahu nilaikan.

itulah perbualan FH dgn kwn..maaf jika tulisan bahasa slanga. ikut ayat SMS supaya mudah untuk kefahaman.

FH sedih la kerana kawan FH tak faham tentang cara hidup islam yang syumul. bagaimana kita mahu membantu dia dan seterusnya menjadi kawan yang membawa dia ke arah yang lebih baik. insyaAllah. semoga Allah membuka pintu hatinya seterusnya mendapat Hidayah untuk berubah. Amin

Dari Anans bin Malik, rasulullah SAW bersabda:

10 orang yang dikutuk Allah mengenai arak:
  1. pembuatnya
  2. pengedarnya
  3. peminumnya
  4. pembawanya
  5. pengirimnya
  6. penuangnya
  7. penjualnya
  8. pemakan wang hasilnya
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya (hadis riwayat at-tirmizi)

kan terang lagi bersuluh. FH rasa ramai yang masih lagi tidak faham dengan ISLAM atau buat-buat tidak faham atau masih lagi tidak mampu mengamalkannya.

arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan (kitab sunan ibnu Majah jilid 3) . jadi hidarilah arak

p/s: jika dia membaca, ketahuilah bahawa bukan niat untuk menghina atau mengutuk. cuma, sekadar berkongsi dan semoga ada pandangan yang lebih baik.






blog baru

baru membina blog yang akan digarap untuk lebih ilmiah...insyaAllah

semoga istiqamah